Skip to main content

Sahabat Abadi

Ketika sedang enak dibuai mimpi,tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi salakan anjing di luar rumah milik pak cik Wong. Iaitu jiranku yang baru berpindah ke taman ini sejak tiga bulan yang lalu. Pak cik Wong adalah mantan seorang pengetua  sekolah jenis kebangsaan cina di Johor. Dia berpindah ke sini bersama isteri dan tiga orang anak perempuannya.Aku bingkas bangun dan mengemaskan katilku yang berselerak bagaikan tempat kucing beranak.
Tiba-tiba mataku terpandang sehelai kertas kecil berwarna kuning yang terlekat di skrin komputer ribaku yang dibeli oleh papa sebagai hadiah hari jadiku yang ke-17 pada tahun lepas. Kemudian, aku pergi mendapatkan kertas itu lalu membacanya.
“Dina, mama dan papa ada hal di kampung kerana sahabat baik papa meninggal. Kalau Dina lapar makanan ada dalam peti sejuk. Kami mungkin balik pada ahad malam.” nota kecil itu aku lipat lalu letakkan kembali ke atas meja.
Memang bosan kalau duduk rumah sendirian. Apatah lagi kalau menjadi anak tunggal seperti aku. Aku kembali menyambung mengemas katilku tadi. Sedetik itu, telefon bimbitku berbunyi. Aku berlari mendapatkan telefonku yang terletak di atas meja belajar.Di skrin tertera nama Hanny iaitu satu-satunya sahabatku di muka bumi ini. Aku tersenyum lalu menjawab panggilannya.
“Eh, apahal telefon aku pagi-pagi ni ?” kataku sambil tertawa.
“Pagi-pagi ? Cuba kau pergi tengok jam dah pukul berapa dah tu ? Setahu aku sekarang bukan pagi lagi dah, tapi dah nak masuk tengah hari dah pun !” kata Hanny dengan sedikit hairan.
Aku merenung jam di dinding bilikku yang diberi oleh Hanny sewaktu ulangtahun persahabatan kami yang ke-5. Jam itu tepat menunjukkan pukul 11:45 pagi. Aku menggaru kepala kerana menyangka waktu masih pagi lagi. Tetapi rupa-rupanya sudah mahu berganjak ke tengah hari.
“Upps…ala maaflah,aku tak tengok jam tadi. Ingatkan baru pukul lapan. Rupa-rupanya dah nak tengah hari dah…” kataku kepada Hanny. Di hujung talian kedengaran Hanny ketawa terbahak-bahak.
Semasa berborak di dalam telefon tadi, Hanny mengajakku keluar kerana mahu membeli novel terbaru keluaran Alaf 21. Pada mulanya aku tidak mahu pergi kerana ingin duduk sahaja di rumah. Tetapi setelah dipujuk oleh Hanny, aku terima dan berjanji akan datang ke rumahnya selepas solat zohor.
Setibanya kami ke tempat yang dituju, Hanny berlari ke tempat novel-novel Alaf 21. Di situ dia membelek buku-buku karya penulis pujaannya. Antaranya adalah Anis Ayuni, Damya Hanna, Liana Afiera Malik dan lain-lain. Setelah hampir sejam kami berada di kedai buku itu, akhirnya,Hanny memutuskan untuk membeli novel karya Anis Ayuni yang berjudul Suara Hati.
Masuk sahaja rumah, kunci aku sangkutkan ke dinding. Kemudian aku berlalu ke dapur seraya mengambil sebotol air mineral kecil dari dalam peti sejuk. Sekembalinya ke ruang tamu, aku mencapai alat kawalan jauh televisyen lalu menekan-nekan punat alat kawalan itu. Satu- persatu aku tekan, namun tiada satu saluran pun yang menarik perhatian aku.
“Boringnya..!!” kataku sambil menggeliat. “Eh, tadikan aku ada beli sebuah novel ?” bisikku sendirian. Baru teringat sewaktu berada di kedai buku tadi aku tertarik untuk mengetahui tentang cerita sebuah novel, untuk mengelakkan tanda tanya aku telah membelinya.
Dengan tanpa membuang masa, aku mengambil novel itu dari beg plastik yang terletak di atas meja lalu membaca tajuknya. “Sepi Tanpa Cinta, apa maksudnya ?”aku membelek-belek novel itu. Penulisnya ialah Damya Hanna. Mesti orangnya molek secantik namanya. Kemudiannya, aku membaca sinopsis di belakang novel itu. Lalu terdetik dihatiku ingin berjanji dengan diriku sendiri bahawa aku akan cuba menanam minat membaca dalam diriku supaya tidak bosan kelak.
Helaian demi helaian aku baca, teliti dan fahami maksudnya dalam-dalam. Memang molek kalau kita menghabiskan masa yang terluang dengan membaca berbanding membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah kerana membaca itu akan membuatkan kita fahami erti tenang dan mengetahui betapa luasnya dunia ini.
Ketika sedang asyik membaca, tiba-tiba mataku terasa begitu berat sekali, perlahan-lahan mataku tertutup sehingga rapat  dan akhirnya aku tertidur keletihan kerana telah seharian menghabiskan masa yang ada dengan membaca novel yang baru dibeli itu.
Malam itu aku dikejutkan lagi dengan bunyi panggilan telefon, samar-samar bunyinya di ruang tamu, aku berlari mendapatkan telefon di tingkat bawah iaitu di ruang tamu, sebaik sahaja aku ingin mengangkat ganggang telefon dengan tidak disangka-sangka bunyi telefon itu terus mati, diam membisu. Jika tadi ia tidak henti-henti menjerit meminta diangkat, sekarang sunyi sepi jadinya. Apabila kaki aku ingin melangkah  ke tangga meninggalkan ruang tamu,aku terkejut kerana secara tiba-tiba jam besar di ruang tamu berbunyi, jam itu tepat menunjukkan pukul 12:00 tengah malam. Seram rasanya duduk seorang diri di rumah banglow yang besar dan mempunyai jam lama seperti itu. Jika sekali pandang, ianya kelihatan seperti satu lembaga hitam yang besar dan tinggi. Aku meneruskan kembali memanjat tetangga rumahku dan bercadang untuk terus  menuju ke bilik. Tiba-tiba, loceng rumahku berbunyi, aku tersentak dan pada masa yang sama telefon bimbitku jatuh bergolek ke bawah tangga.
“Hish, siapa pulak yang datang tengah-tengah malam buta ni ?” kataku dengan perasaan yang bercampur-aduk. Geram, takut, gelisah dan rasa macam nak menangis pun ada.
Dengan lafaz bismillah, aku memberanikan diri ke pintu. Perlahan-lahan aku memutar tombol pintu. Serentak dengan itu kilat sabung-menyabung dan sekilas aku terpandang sepasang tubuh sedang berdiri di hadapanku. Aku terpaku sebentar kerana menyangkakan tubuh itu adalah makhluk halus tetapi rupa-rupanya adalah mama dan papa kesayanganku. Lega rasanya, tetapi kelegaanku itu tidak berpanjangan kerana tidak beberapa lama kemudian dengan tiba-tiba  papa dan mama memegangku dengan kuat dan mengheretku ke luar yang pada ketika itu hujan sedang turun dengan lebatnya, petir pula berdentum-dentam. Aku meronta-ronta minta dilepaskan tetapi malangnya tidak dihiraukan. Aku mula memikirkan apa kesalahanku sehinggakan mama dan papa sanggup membuat aku begitu. Aku mula berasa seram sejuk, tiba-tiba aku ternampak satu lubang hitam yang besar dan gelap di pintu pagar rumahku. Kemudian mereka mencampakkan aku ke dalam lubang itu. Nasib aku baik kerana pada waktu itu aku sempat memegang tangan mama. Aku menjerit minta mereka menyelamatkan aku. Tiba-tiba aku terasa badanku bergetar-getar. Alhamdulillah, rupa-rupanya aku hanya bermimpi.
“Dina..Dina..bangun nak..kenapa ni ?” kata mamaku dengan wajah yang cemas. Kelihatan papaku juga turut ada bersamanya. Aku menyuruh mereka menampar-nampar pipiku untuk memastikan bahawa aku sudah ada di alam nyata.
“Anak papa buat apa malam tadi ? Sampaikan bercakap dalam tidur..kami ingatkan adik kena sampuk tadi..” kata papaku dengan nada berguraunya.
Aku masih diam membisu. Tanpa sepatah kata pun. Aku cuba memikirkan kembali tentang mimpi yang baru kualami.
Pagi itu aku keluar tanpa meminta kebenaran mereka. Malah mereka ada mengajakku sarapan bersama tetapi aku tidak menghiraukannya. Aku melangkah keluar dengan seribu pertanyaan. Lalu aku mula terfikir bahawa novel yang aku beli semalam telah habis kubaca dan aku bercadang untuk pergi membeli novel yang lain.
Sewaktu sedang asyik melihat-lihat buku apa yang sesuai untuk dibaca, aku terlanggar seorang lelaki. Serasa aku, aku seperti pernah berjumpa dengannya, tapi tidak tahu di mana, lalu aku meminta maaf kepadanya dan terus beredar. Kelihatan lelaki itu seperti memandangku dengan hairan. Aku tidak menghiraukannya dan terus berlalu pergi. Tiba-tiba aku terdengar ada suara memanggilku dari belakang, pada mulanya aku tidak menghiraukannya tetapi semakin lama suara itu semakin kuat dan seperti berada dibelakangku. Aku berpaling ke belakang dan melihat lelaki tadi sedang memandang tepat ke arahku.
“Maaf..saudari ni, Nur Dina Bte Mohd Zaidi ke ?”katanya dengan tergagap-gagap.
“Ya..saya Dina. Kenapa ? Dan bagaimana saudara boleh tahu nama saya ?” kataku dengan pelbagai tanda tanya.
“Baguslah..akhirnya sekarang aku dah jumpa kau. Bila kita boleh berdating lagi ?” kata lelaki itu dengan muka selambanya.
“Er..saya rasa saudara ni salah orang. Saya rasa saya tak kenal pun siapa sebenarnya saudara ni.” kataku dengan sedikit takut.
“Hello..ni Amir la…Amir Haikal Bin Jauhari..!” katanya cuba untuk mengingatkanku.
“Ya Allah..kau Amir..? Aku ingatkan bangla sesat mana tadi.!” kataku sedikit bergurau.
“Hei, saudari Dina, itu agak kurang ajar tu ye..!” terlihat sedikit wajah masamnya itu kerana dipanggil bangla. Rindunya aku kat dia! Bisik hati kecilku.
“Eh, dah jomlah kita bayar dulu barang ni, nanti ada pulak yang dituduh mencuri nanti. Kalau iye pun rindu kat aku jangan la kat sini..tak syok la.” katanya seperti mengetahui apa yang terbuku dihatiku ini.
Kami memilih satu tempat di bawah pokok yang rendang berhampiran sebuah tasik di tengah-tengah ibu kota, di situ kami berborak sepuas-puasnya. Berbagai-bagai cerita yang keluar,nenek la..datuk la..novel la..macam-macam kami borakkan sehingga tidak sedar hari sudah berganjak malam.
“Makan sudah, minum sudah, cerita pun sudah…satu je belum sudah lagi..” kata Amir dengan nada bergurau.
“Apanya ?”
“Nak nombor telefon..”
“Nak buat apa ?” tanyaku lagi.
“ Ala..takkan nak minta nombor telefon kawan lama pun tak boleh..?” katanya sedikit merajuk.
“Baiklah-baiklah…..!”
Tiba sahaja di hadapan pagar rumah, kelihatan dari jauh rumahku terang-benderang. Mesti papa dan mama sedang menungguku. Bisik hati kecilku.
“Dina..mana kau pergi nak..risau mama dibuatnya. Kenapa pagi tadi tak bertegur-sapa dengan kami ? Dina ada masalah ke ? Cuba bagi tahu papa dan mama ni.” kata mama sambil berlari mendapatkan aku di luar pagar.
“Papa..mama..maafkan Dina. Dina tahu Dina dah buat salah. Dina janji Dina takkan ulang lagi kesalahan Dina. Maafkan Dina ye..?” kataku sambil mencium kedua-dua tangan papa dan mamaku.
“Tak mengapa..kami maafkan..tapi lain kali adik kena janji yang adik takkan buat kami risau lagi tau.” kata papa seraya mencuit hidungku.
“Baiklah..Dina janji..!” kataku sambil mengangkat tangan seperti bersumpah di depan kedua papa dan mama kesayanganku. Lantas papa dan mama datang memelukku erat, penuh dengan kasih sayang yang sering aku rasakan selama ini.
“Hanny, boleh tak kalau kau bagi aku pinjam novel yang kau beli dengan aku hari tu ?” kataku kepada Hanny yang sedang asyik membaca.
“Eh, biar betul..sejak bila pulak kawan aku yang satu ni dah mula minat membaca ?” kata Hanny seperti menyindir kepadaku.
“Hanny, kau jangan sindir aku..apa kau ingat orang yang tiada perasaan macam aku ni tak ada hati nak baca novel yang jiwang ni ke ?” kataku dengan niat mahu mempertahankan  maruah aku sebagai orang yang baru hendak berjinak-jinak dalam bidang pembacaan novel.
“Hai, terasa ke ? Ingatkan tak ada perasaan tadi.” kata Hanny cuba ingin menang.
“Kau nak bagi aku pinjam ke tak ?”
“Pinjam apa?”
“Novel la..!” kataku sambil mengetap bibir munggilku.
“Ok..tapi nanti jangan lupa pulangkan pulak !” katanya sambil berlalu ke biliknya.
Ketika aku sedang menyiapkan sarapan pagi untuk papa dan mama, telefon bimbitku sibuk menjerit minta diangkat.
“Hai, tuan puteri…bolehkah hamba ingin berjumpa dengan tuan puteri ?” kata satu suara dihujung sana. Siapa lagi kalau bukan si Amir gatal itu.
“Dekat mana ?”
“Dekat tempat biasa..” kata Amir seraya memutuskan talian.
Pelik betul budak ni. Apa  yang penting sangat dia mahu jumpa aku pagi-pagi macam ni ? Mesti ada perkara yang tak selesai lagi ni. Bisikku di dalam hati.
Setibanya aku ke tempat yang dijanjikan, mataku terpandang sesuatu benda berwarna merah yang tergantung di atas pokok. Aku menghampirinya dan cuba untuk mengambilnya,  tetapi secara tiba-tiba, sepasang tangan cuba untuk membantuku mengambil benda itu. Aku menoleh ke belakang, terlihatlah oleh aku Amir sedang membantuku, wajahnya yang tampan itu telah membuatkan waktu terhenti seketika. Aku terkesima melihat wajahnya yang suci itu umpama kain putih tanpa sedikit pun kesan  kotoran. Kalaulah aku dapat teman hidup sebegini rupa, sudah tentu aku adalah manusia yang paling bahagia sekali di bumi tuhan ini. Lalu Amir menghulurkan benda yang berwarna merah itu kepadaku. Aku menyambutnya dengan senyuman lalu perlahan-lahan membuka kotak bungkusan itu. Lalu terlihatlah oleh aku sebuah novel  yang bertajuk ‘Sahabat Abadi’, itu adalah novel yang aku idam-idamkan sejak menjadi pembaca setia karya penulis pujaan tanah air iaitu T. Faizal Zaidi. Ketika aku sedang leka membelek-belek buku itu, dengan tiba-tiba…
“Happy birthday, puteri kesayanganku…” begitu halus dan lembutnya kata-kata Amir yang disulami senyuman yang sangat manis  lalu tertusuk ke hati suciku ini. Aku terkesima seraya menyambut hulurannya itu. Tiada kata-kata yang bisa aku lafazkan kecuali senyuman yang penuh makna.
“Nur Dina Bte Mohd Zaidi…sudikah kau menjadi suri hidupku ?” kata Amir sambil menghulurkan sebentuk cincin berlian yang baru dikeluarkan dari poket belakang seluarnya,dengan sinaran matanya yang penuh bermakna, aku menyambut hulurannya yang akan membuatkan aku bahagia selama-lamanya.




Comments

Popular posts from this blog

Tendangan 16 Julai

15 Julai 1991 - Kampung Tanah Merah Jaya, Melaka Nor bangun awal pagi itu. Hari ini dia ada temujanji di klinik kesihatan berhampiran. Kandungan sulungnya kini sudah menjangkau usia tujuh bulan. Suaminya, Joe, seorang pemandu bas sekolah sudah keluar awal pagi untuk menjalankan tugasnya. Nor setia menunggu kepulangan suaminya untuk ke klinik. Sementara menunggu, Nor membaca novel Hanya Aku Cinta Kau Seorang karya salah seorang novelis terkenal Malaysia. Tiba-tiba perutnya terasa sakit. "Aduh! Mana  U  ni..", Nor mengeluh sambil mengusap perutnya yang memboyot.

Sempurna

Kelihatan gagak sedang berterbangan bersama pipit. Pokok kelapa menari-nari mesra disapa bayu. Pasir pantai yang halus berdendang sayang setiap kali angin bayu bertiup kencang. Aku berjalan di sepanjang gigian pantai sambil mengimbas kembali masa silamku 15 tahun yang lalu. Di pantai ini, di bawah pohon yang rendang itulah aku belajar membaca dan menulis atas tunjuk ajar Amira. Iaitu sahabat yang telah menjadi guru kepadaku. Dia jugalah yang telah membimbing aku dalam pelajaran. Memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa baik dan murninya hatinya sewaktu itu.