15 Julai 1991 - Kampung Tanah Merah Jaya, Melaka
Nor bangun awal pagi itu. Hari ini dia ada
temujanji di klinik kesihatan berhampiran. Kandungan sulungnya kini sudah
menjangkau usia tujuh bulan. Suaminya, Joe, seorang pemandu bas sekolah sudah
keluar awal pagi untuk menjalankan tugasnya. Nor setia menunggu kepulangan
suaminya untuk ke klinik. Sementara menunggu, Nor membaca novel Hanya Aku Cinta
Kau Seorang karya salah seorang novelis terkenal Malaysia. Tiba-tiba perutnya
terasa sakit. "Aduh! Mana U ni..", Nor mengeluh
sambil mengusap perutnya yang memboyot.
Dia menoleh melihat jam yang tergantung di dinding
rumah. Jaram jam sudah menunjukkan hampir pukul lapan pagi. Manakala,
temujanjinya dengan Doktor Amira pada jam sembilan pagi itu. Dia masih ada satu
jam dari sekarang. Bosan menunggu di dalam rumah, dia menunggu kepulangan
suaminya dengan sabar di buaian besi bewarna hijau yang terletak di luar rumah.
Beberapa minit kemudian, ternampak sebuah bas sekolah memasuki kawasan rumah
keluarga suaminya. Bas itu diparkir bersebelahan dengan beberapa bas kilang dan
bas persiaran milik bapa suaminya, Harun. Kawasan rumah yang besar dan luas itu
bukan sahaja boleh memuatkan bas-bas, malah van, kereta dan teksi juga ada di
situ. Nor tersenyum gembira.
Setengah jam kemudian, Nor telah selamat sampai ke
klinik kesihatan bersama suaminya. Beberapa minit kemudian, nama Nor dipanggil
oleh seorang jururawat yang berambut kerinting dan berpinggang ramping seperti
kerengga itu. Nor melangkah berlahan-lahan, menahan bebanan perutnya yang
besar. Setelah Nor selamat masuk ke dalam berjumpa dengan Doktor Amira, Nor
menyuruh suaminya menunggu di luar. Joe sabar menanti diluar bilik doktor.
Sudah berkali-kali dia mahu menemani isterinya itu ke dalam tetapi tetap
dilarang wanita berbadan dua itu.
"Kak, darah akak tinggi ni, akak penat ke
tadi?", soal doktor muda kecil molek itu.
"Tak lah. Biasa je..", jawab Nor
tersenyum manis sambil tangan kirinya masih mengusap perut besarnya itu. Tidak
sabar mahu melihat bayi sulungnya yang bakal dilahirkan. Lelaki atau perempuan?
Namun Nor masih sabar menanti sehingga waktunya tiba kelak.
"Eh, kaki akak pun bengkak ni..akak ada buat
kerja-kerja berat ke beberapa hari ni?", soal doktor bermata cantik dan
berhidung mancung itu lagi.
"Tak, akak banyak habiskan masa akak dengan
duduk membaca dan membuat kerja-kerja ringan je..kenapa doktor?", tanya
Nor sedikit risau. Dia tidak melakukan kerja-kerja berat kerana orang gaji
suaminya yang membuat semua kerja-kerja rumah dari mengemas sehinggalah
memasak.
"Datang sini tadi naik apa?",
"Naik motor..", jawab Nor selamba.
"Naik motor?", doktor muda itu
terperanjat. Dia sudah membayangkan motor besar berkuasa tinggi milik suami
wanita yang hanya tua beberapa tahun dari umurnya itu. "Kenapa tak naik
kereta? Tak apalah, lepas ni tahan teksi dan terus ke hospital
ye..?".
Nor hanya mengangguk.
"Nah, saya dah tulis surat ni, saya nak akak
terus ke hospital jumpa dengan Doktor Tina ye?", jelas doktor berbibir
merah itu sambil menghulurkan sehelai kertas untuk diberikan kepada doktor di
hospital nanti.
**********
"U, doktor suruh pergi hospital
sekarang.."
Kening lebat Joe terangkat.
"Sekarang??",soal Joe sedikit hairan.
"Ye, sekarang..dia suruh tahan teksi terus ke
hospital sana..", tutur Nor yang masih memandang tepat wajah kacak
suaminya itu.
"Mana sempat..petang sikit la..lepas I amik
budak sekolah. Okey?", jawab Joe ringkas.
"Tapi...".
"I suruh abah hantar U la..ok
sayang?", cadang Joe lalu memimpin isterinya keluar dari klinik kesihatan
itu.
**********
Nor dan Harun tiba di hospital lebih kurang jam dua
petang itu. Joe tidak dapat ikut sama kerana tugasnya harus diselesaikan.
Mereka terus ke kaunter di situ dan memberikan surat dari Doktor Amira.
"Eh! Ni surat pagi tadi kan? Kenapa dah petang
baru datang?", soal jururawat separuh umur yang berbadan gempal itu.
Keningnya dikerutkan.
"Err..", belum pun sempat Nor mahu
menjawab, Harun dengan pantas memotong, "Ala, saya bawa teksi tadi, lambat
balik..suami dia pulak belum balik..outstation!", Harun bengang kerana
jururawat separuh umur itu memandang menantu kesayangannya atas bawah berulang
kali. Mungkin berang dengan kelewatan Nor berjumpa dengan doktor yang telah
dijanjikan.
"Hmm..duduk dulu..nanti saya panggil
balik.". kata wanita gempal gempal itu lalu berlalu dari kaunter itu.
beberapa minit menghilang, wanita itu muncul semula. "Doktor Tina nak awak
mula masuk wad bersalin hari ni. Kejap lagi ada jururawat lain bawa
awak.", terang wanita itu acuh tak acuh. Usai. Dia menyambung semula
kerjanya yang tergendala tadi.
"Abah..abah balik dulu la..nanti kalau Joe free suruh
dia datang besok ye?", tutur Nor lembut pada bapa mertuanya itu.
"Ye la..abah pun nak balik ni, nak uruskan bas
kat rumah tu..". Harun menyerahkan beg berisi keperluan Nor dan melangkah
pulang selepas menantunya itu menyalaminya.
**********
Keesokannya, selepas mandi dan bersarapan, Nor
berehat di atas katilnya sambil mebaca novel. Beberapa jam kemudian, dia berasa
tidak senang duduk. Dia resah. Namun beberapa ketika kemudian, dia menyambung
pembacaannya semula. Beberapa minit selepas itu, dia kembali memegang perutnya.
Perutnya sudah berasa sakit. Anaknya menendang kasar perutnya sehingga dia
berasa senak. Dia memanggil doktor. Beberapa saat kemudian doktor datang dan
dia terus dimasukkan air di pergelangan tangannya.
"Saya masukkan air. Awak rehat ye. Kalau awak
masih tidak ada apa-apa tindakbalas, kami terpaksa membedah awak melalaui
perut.", jelas Doktor Tina. Doktor baru yang tinggi lampai dan berkacamata
jernih.
Beberapa minit kemudian, Nor tidak sedar. Dia
tertidur. Dalam tidurnya, dia bermimpi. Tiba-tiba dia terjaga dari mimpinya.
Serentak itu, perutnya juga terasa sakit. Dia memanggil doktor. Dua orang
doktor kacak bersama Doktor Tina masuk mendapatkannya.
Doktor cantik dan tinggi lampai itu memeriksanya
seraya tersenyum. "Puan dah nak bersalin ni. Wan, tengok dah berapa cm
dah..jari aku tak sampai la..", pinta Doktor Tina kepada jejaka kacak yang
merupakan rakan setugasnya.
Doktor Wan melemparkan senyuman. "Kak, buka
kak..jangan malu-malu ye..", kata doktor muda yang bermata sepet itu. Nor
berasa tidak selesa kerana ini merupakan kali pertama dia akan melahirkan.
Sudah tentu dia berasa malu dengan tindakan doktor yang kaya dengan senyuman
itu. Mana tidaknya, sejak dia masuk ke dalam bilik bersalin itu, wajah doktor
tinggi lampai dan bermata sepet itu tidak putus-putus dengan senyuman.
Antara paksa dan rela, Nor pun akur dengan
permintaan doktor itu. Dia sudah membuka sedikit kakinya. Dan sewaktu dua jari
doktor itu dimasukkan ke dalam kain untuk mengukur jarak bayi yang bakal lahir
itu, tanpa disedari Nor telah menendang kuat Doktor Wan sehingga tersandar ke
dinding. Dia juga turut terkejut dengan tindakan spontannya itu. Doktor Tina
dan seorang lagi doktor berambut tegak pantas mendapatkan Doktor Wan. Mereka
juga terkejut dengan tindakan Nor. Sepanjang mereka bertugas, belum pernah ada
doktor yang dibelasah oleh pesakit sebegini. Doktor Tina tertawa geli hati.
Namun tawanyaitu hanya meletus di dalam hatinya sahaja.
"Kak..kak..sabar..saya nak periksa je..",
kata doktor itu takut-takut. Badannya masih sakit setelah pinggangnya
terlanggar bucu meja di tepi dinding itu. Dia mengusap perlahan pinggangnya.
"Sakit..", tutur Nor perlahan dengan
wajah bersalah dan sedikit malu dengan tindakan spontannya.
"Ye, memang sakit. Sabar ye. Biar saya periksa
sekali lagi.", pujuk lelaki berkulit sawo matang itu. Dia menghampiri Nor
semula dan mengulangi perbuatannya sebantar tadi. Walaupun dilihatnya Nor masih
takut-takut, jauh disudut hatinya, dia bimbang ditendang lagi kali kedua. Namun
beberapa detik kemudian, dia tersenyum. "Kak..push ye. Jangan
tahan-tahan. Tarik nafas dalam-dalam..lepas....tarik...lepas..", lelaki
itu senyum lagi.
Nor akur. Dia menarik dan melepaskan nafasnya
perlahan-lahan. Setelah beberapa minit bertarung, akhirnya pada jam 2.53
petang, dia terdengar suara bayi perempuan menangis. Dia tersenyum lega.
'Alhamdulillah!'.
"Kak..ini baby akak..baby
girl..mesti dia ganas nanti kan..", kata lelaki bermata sepet itu
lantas ketawa serentak bersama dengan doktor lelaki berambut tegak dan Doktor
Tina. Mereka juga tersenyum puas kerana berjaya menyambut satu lagi nyawa yang
bakal mewarnai dunia akan datang.
Beberapa ketika kemudian, Joe masuk bersama
senyuman yang sangat lebar dan penuh bermakna. Dia terpegun melihat bayi perempuan
yang sedang dibersihkan oleh Doktor Tina. Dalam hati dia bersyukur kerana
isterinya sudah selamat melahirkan malah bayinya juga sihat. Beberapa detik
kemudian, bayi perempuan itu bertukar tangan. Pantas Joe mengiqamatkan bayi
perempuannya itu lalu menghampiri isterinya.
"Terima kasih sayang.. I love u dear..!",
ucap Joe romantis seraya menghadiahkan kucupan yang hangat di dahi isterinya.
Nor tersenyum bahagia. Alhamdulillah semuanya
selamat seperti kehendaknya. Terima kasih Allah!
Comments
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Jejak Anda Di Sini...