Skip to main content

Posts

Tendangan 16 Julai

15 Julai 1991 - Kampung Tanah Merah Jaya, Melaka Nor bangun awal pagi itu. Hari ini dia ada temujanji di klinik kesihatan berhampiran. Kandungan sulungnya kini sudah menjangkau usia tujuh bulan. Suaminya, Joe, seorang pemandu bas sekolah sudah keluar awal pagi untuk menjalankan tugasnya. Nor setia menunggu kepulangan suaminya untuk ke klinik. Sementara menunggu, Nor membaca novel Hanya Aku Cinta Kau Seorang karya salah seorang novelis terkenal Malaysia. Tiba-tiba perutnya terasa sakit. "Aduh! Mana  U  ni..", Nor mengeluh sambil mengusap perutnya yang memboyot.
Recent posts

Sempurna

Kelihatan gagak sedang berterbangan bersama pipit. Pokok kelapa menari-nari mesra disapa bayu. Pasir pantai yang halus berdendang sayang setiap kali angin bayu bertiup kencang. Aku berjalan di sepanjang gigian pantai sambil mengimbas kembali masa silamku 15 tahun yang lalu. Di pantai ini, di bawah pohon yang rendang itulah aku belajar membaca dan menulis atas tunjuk ajar Amira. Iaitu sahabat yang telah menjadi guru kepadaku. Dia jugalah yang telah membimbing aku dalam pelajaran. Memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa baik dan murninya hatinya sewaktu itu.

Berkat Ibunda

Bunyi kicauan burung bersahut-sahutan, ombak kecil manampar gigian pantai, angin bayu menyelak rambut Syahrizan yang terjuntai di dahi. Syahrizan ialah seorang remaja yang berusia 16 tahun. Seorang yang agak kacak, tetapi pemalas dan suka menghabiskan masa duduk di tepi pantai sambil bernyanyi kecil, kadang-kadang termenung dan tiba-tiba ketawa sendirian. Seperti orang tidak siuman lagaknya.

Sahabat Abadi

Ketika sedang enak dibuai mimpi,tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi salakan anjing di luar rumah milik pak cik Wong. Iaitu jiranku yang baru berpindah ke taman ini sejak tiga bulan yang lalu. Pak cik Wong adalah mantan seorang pengetua  sekolah jenis kebangsaan cina di Johor. Dia berpindah ke sini bersama isteri dan tiga orang anak perempuannya.Aku bingkas bangun dan mengemaskan katilku yang berselerak bagaikan tempat kucing beranak.

Tujuan Pembinaan Blog Ini

Salam...selamat datang ke blog saya yang tak seberapa ni... :D . Sebenarnya, tujuan sy mewujudkan blog ini adalah untuk mempertontonka n karya saya kepada umum selain menyimpannya di blog ini...so kepada yang akan baca cerita saya nnt rajin2lah komen ya.. :) BUKAN SENANG NAK SENANG DAN BUKAN SUSAH NAK SUSAH ... kerana, sepanjang pembikinan karya2 sy ni...macam2 rintangan yang dilalui...huhu...terima kasih diucapkan kepada guru2,rakan2 dan tidak lupa kepada keluarga saya yg tcinta... semoga sy akan terus menulis dan menulis demi masa depan saya dan demi memartabatkan lagi industri seni penulisan ini...amin! haha :P